Skip to content

Akhil dan Waheeda selamat diijabkabul

August 16, 2009

013441488

HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

selanjutnya dari mStar online

Alhamdulillah…….. Moga2 mereka berdua bahagia dunia dan akhirat. Sekarang ni musim kahwin. Baru je artis @ komposer Ajai bernikah, kini giliran Akhil pula. Walau apa pun pandangan orang ramai, kita sebagai umat Islam kena ambil segala yang berlaku sebagai satu hikmah.

.

.

Advertisement
12 Comments leave one →
  1. August 17, 2009 8:29 am

    Pergh…baru jek bercerai terus kawin..
    ini ke org yg nak berdakwah?

    • qoreena permalink*
      August 17, 2009 8:39 am

      Memang begitulah rasanya…

      Setiap manusia ada kelemahannya. Kita boleh ambil ikhtibar darinya.

    • pak usop permalink
      August 17, 2009 8:53 am

      100% setuju dgan kawan kita ni, dah jadi pendawah kain penuh taik, pih blah, umahtangga pora, nak rasa yang baru aja…….porahhhhhhhh

      • qoreena permalink*
        August 17, 2009 8:55 am

        Sabor pak !

        Biarlah mereka bahagia. Jangan kita buat silap macam mereka sudah laa…. yang tak elok tu kita jadikan sempadan, ya… :P

  2. August 17, 2009 11:09 am

    bagi saya akhil tidak salah,tetapi isterinya yg salah kerana membuka aib suami….

    • qoreena permalink*
      August 17, 2009 1:47 pm

      Sebenarnya tak penting siapa yang salah asalkan semuanya insaf, termasuk kita semua.

  3. HADIJAH ZAKARIA permalink
    August 17, 2009 1:35 pm

    APE YANG BERLAKU..TELAH DI TETEPKAN OLEH YANG MAHA ESA.KITA JANGAN CEPAT MENUNDING JARI…PELAJARI DAN AMBIK IKTIBAR DI ATAS APE YANG BERLAKU..SEMOGA IA AKAN BERGUNA PADA KITA KELAK..TAK KE BEGITU?

    • qoreena permalink*
      August 17, 2009 1:49 pm

      Betul tu, kita kena lihat dari sudut positif.

      Dalam sebuah perkahwinan, kedua2 pihak suami dan isteri mesti memainkan peranan.

  4. August 17, 2009 1:42 pm

    Pada mata kita.. “apalah.. baru bercerai jee terus kahwin..” tapi jika difikirkan semula.. “kalau dua hati dah saling menyukai.. dan untuk elakkan fitnah.. bukankah ini jalan terbaik” . Apakah artis-artis yang telah bercerai dan tak terus kahwin tetapi berkepit sana sini dengan bukan muhrim itu lebih baik..? fikir-fikirkan.. bukan menyebelahi akhil cuma sekadar berikan pendapat.. :)

    • qoreena permalink*
      August 17, 2009 1:51 pm

      Harapkan yang terbaik saja buat mereka. Juga mohon berdoa agar bekas isterinya juga beroleh rezeki di samping anak2 dan menemui kebahagiaan kelak.

  5. HADIJAH ZAKARIA permalink
    August 17, 2009 2:08 pm

    betul kata2 nuaeman & qoreena 2..sama2lah kita mendoakan mereka akan berbahagia melalui jalan yang telah di pilih.pada semua gak saya pun turut mendoakan agar kalian juga mememui kebahagiaan yang di ingini.amin

    • qoreena permalink*
      August 17, 2009 2:15 pm

      Alhamdulillah,

      Sama-samalah kita mengambilnya sebagai ikhtibar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.